Monday, September 24, 2007

Read This !

Aku sebatang pen.. hahaha Oppss.. silap topic. Jadi tabiat dah, masa bangku sekolah bila cikgu arah 'Okey, buat satu karangan dalam Bahasa Melayu', maka berkeluar ler tajuk2 yang hebat seperti Aku sepasang kasut, Aku sebatang pensil, Aku sebagai tayar buruk, Aku sebatang rokok!, Kenapa aku suka minum coca cola, Aku nak jadi Konduktor bas dsb...
Tapi jangan risau. Hari nie, kita tak akan bincang pasal tajuk2 yang hebat tu. Yang mulai hari nie blog kita akan tukar ke versi B.Melayu buat sementara waktu. Peduli ler apa orang nak cakap asalkan orang kita Mesia aje yang faham.. hehe. Biar orang yang tak faham B.Melayu mengaru kepala, buka kamus pun tak guna..hehe.. Bukan kekawan kita lar, I maksud budak2 kat ofis aku terutama Si Luncai yang meluat tu nie.. hehe.. Dia belum tau lagi ape makna tu kesengsaraan bagi seseorang individu untuk memahami 4 hingga 5 bahasa sekaligus, itu pun belum kira lagi pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer tu seperti Java, C++, C#, VB dsb. Takape ler, bulan posa nie kita kena bersabar sikit. Tambah pula, sempena nak balik raya nie, yelar kena 'polish up' sikit B.Melayu yang lama dah berkarat.. hehe nanti susah nak ambil hati mak, abah dan Tok Wan. Takan nak cakap orang putih ngan mereka kot... hehe Ehh, pelik jugak baru aku terfikir balik, pertama kali jumpa mak kat hospital Kedah, dia sembang ngan aku, pekat juga loghat utara.. 'Hang tu, depa ni, sekupang lar.. ' gabra jugak. Aku fikir dia tengah marah pasal budak cina Ah Beng tah dari mane nak masuk tunang anak dia tu. Nasib baik ade Yang jadi penterjemah hehe.. Tapi bila sembang ngan abah, dia faham bahasa sarawak plak hehe yelar dia pernah merantau kat kepulauan borneo tu. Hmm..Borneo, rindu pula kat Kuching, pasar Satok, belacan Kangkong, sup terung belacan, ikan asam belacan.. belacan tu belacan ni pastu darah tinggi.. hehe. Apa terjadi ngan Pasar Buka Puasa kat Satok? Aku masih ingat bermacam2 juadah berbuka puasa.. ikan bakar, ayam percik, tapai, ikan pari2, umai, kek lapis, terung belacan, nasi kerabu, laksa, mee kolok, mee jawa fuhh ..iskk.. tak sabar nak balik.. hehe..

Bi.

2 Comments:

  • Fuu yoo dasat laki Yang... oklar bahasa melayu pun bagus.. cintailah bahasa malaysia... tapi awat nak tukaq bahasa tiba2 nie.. pelik Yang rasa

    By Blogger Rohaya & Taufik, at 11:59 PM  

  • Yah!.. aku kena practice sikit. Dah dekat 1 tahun tak pakai dah. Yang plak selalu cakap Inggeris ngan aku. Apa boleh buat? Hehe Jangan rasa pelik ler.. nanti balik kampung bahasa aku nie tunggang langgang.. hehe jangan ketawa yer..

    Bi

    By Blogger Rohaya & Taufik, at 5:56 AM  

Post a Comment

<< Home