Sunday, April 26, 2009

Kenapa Malaysia mesti buat ujian kereta untuk kereta auto juga selain dari manual? Rintihan aku tskk tskk tskkk

Aku ni sepatutnya menghabiskan thesis chapter aku yang terbengkalai beberapa hari lalu…isk isk asik bagi janji kosong kat supervisors aku kat London sana. Nasib baik mereka memahami…anyway, tak sabar nak bersua muka dgn mereka lagi June ni, dan habiskan apa yang tak habis… aku sudah mencapai tahap kejemuan yang amat tinggi, tetapi di sebabkan terlalu banyak benda yang nak kena settle kan kat Malaysia ni, fikiran aku asyik terawang-awang bila saja nak mula menulis.

Err sat…sat…cerita ni bukan pasal cerita thesis aaa. Cerita aku tensen dengan driving instructor. Sesungguhnya aku amat tensen dengan driving instructor ini yang bernama ala-ala orang putih. Dia ok sebenarnya, tapi aaaa body language dia masa mengajar aku bawa kereta yang buat aku rasa annoy yang teramat sangat. Sebagai contoh, dah ler aku baru saja belajar nak buat L parking kan, tak perlu lar dia asyik picit kepala dia as if aku ini teramat slow nya. Tahular, enjin kereta asyik mati, clutch plak tekan tak habis, kadang-kadang gear pun macam tak betul. The truth is, ‘all these won’t happen again and again if he relaxed and calmed’. If he is so damn angry and moody, then why not change his job to become a bodyguard or maybe a bouncer. Oppsss banyak plak aku menempel kesalahan aku pada dia..

Sebenarnya juga, aku teramat geram dengan diri sendiri lar. Kenapa aku keep repeating the same mistake. Imagine kalau aku write up thesis ni, and repeat the same mistake, memang lar supervisor aku menyampah..kan..kan. Hmmm tapi tak semua 100% salah aku tau, sebab aku tengah belajar, dan setakat ini manual car, hanya dapat ku pegang masa belajar memandu saja. Selebih latihan berdasarkan auto, iskk iskk tu yang fikiran aku kadang2 tercampur auto dengan manual ni masa bawa kereta. Bolehka macam tu? Err macam Nampak lame excuse ka???

Anyway, tomorrow will be another day. Err sebab aku tak leh lar nak tengok muka dia kan (i.e., my instructor), dan gayanya memicit kepala…iskk iskk so damnnnn annoy, so aku cancel kan besok punya latihan. Ceeewaah macam bagus kan… tapi di sebabkan aku sendiri tak boleh relax, so lebih baik jgn tengok muka dia utk sehari. Lebih baik aku suruh laki aku ajar depan rumah dulu macam mana nak master kan clutch and brek… clutch habis, then masuk gear, berhenti tekan clutch habis, then brek slowly, then masuk gear 1…. Always tekan clutch habis, then brek then change ke Gear 1… abis lar… gerenti malam ni aku akan mimpi nightmare dengan semua ini… naik bukit, gear 1, tekan minyak…lepas brek…then sampai kat penanda kuning tu tekan clutch habis, and brek. Then angkat handbrake… then, tekan minyak sikit…tahannn tahannn jgn bagi jarum jatuh ke 3…then lepas clutch slow..then bila sampai 2 maintain, lepas tu tekan minyak and lepas handbrake… then turun lar bukit nya… lepas aiikk kereta ku melantun, dan terus tercampak instructor aku keluar dari kereta… aku dengan gaya megahnya ketawa berdekah-dekah… then, errr baru aku sedar aku dah fail test… waaaa ini lar bakal mimpi burukku malam ini…

1 Comments:

  • I'll teach you how to Tokyo drift and all those need 4 speed stunts in Fast and Furious!

    By Blogger Unknown, at 5:05 AM  

Post a Comment

<< Home