Kisah dua budak...

Alkisahnya...
Budak lelaki cina nie suka makan kolok mi, belacan, ikan masin dan sayur masin. Budak cina nie dulu memang jenis baik dan pendiam. Dia selalu berkhayal dan syok sendiri nak jadi ultraman. Budak cina nie suka betul baca cerita English dongeng macam 'mother goose' dan semua koleksi Hans Anderson, Aesop dan cerita Enid Byton. Dia juga peminat setia bujang lapok dan Mat Bond. Budak cina nie masa kecil sampai zaman remaja selalu di buli oleh sepupunya yang gemuk. Budak cina nie memang kurus masa kecik sebab tak cukup makan. Makanan berkhasiat selalu di rampas oleh sepupunya yang gemuk ini. Tugas harian apabila balik sekolah atau cuti sekolah adalah mencuci. Sampai sekarang budak Cina ini masih mempunya tabiat mencuci. Apabila menginjak dewasa dan menceburi bidang komputer, budak Cina nie mempunya tabiat pelik, iaitu klorox, cuci dan memberus perkakas komputer. Kalau tak percaya, cuba tanya semua klien komputer service dia dulu. Nie lar kisah budak cina nie..
Nie pulak kisah budak perempuan melayu. Dari kecik dia selalu berangan jadi hero, penyelamat
dan penggerak usaha-usaha untuk revolusikan dunia. Budak melayu nie memang la lasak. Aktiviti harian masa kecik panjat pokok, main masak-masak, mecuri kamkuat di tokong cina, dan pernah menampar muka seorang budak perempuan India hanya kerana budak perempuan India tu pakai bedak terlalu banyak. Masa kejahatan tu semakin berkurang selepas budak melayu nie mendapat pendidikan di sekolah. Dia suka membaca cerita melayu dongeng, cerita klasik dan cerita Nancy Drew, Hardy Boys dan seumpamanya. Satu tabiat buruk budak melayu ni ialah suka berkhayal dan membuang masa. Selepas Lord of the rings movie keluar, budak melayu nie selalu berangan berada dalam dunia macam tu. Sampai sekarang, setiap bulan budak melayu nie akan tengok cerita Lord of the rings dan mengalirkan air mata pada scene-scene yang sama. Memang pelik.. dan tak berfaedah tabiat budak perempuan melayu nie..Moral of the story: What a waste of reading this post... heheheh



0 Comments:
Post a Comment
<< Home